The Power Of 4

welcome

Blog ini akan membongkarkan rahsia bagaimana berpuluh2 orang di US menjadi jutawan hanya dengan menyertai program ini dan mempromosikan melalui facebook... Sangat mudah dan menarik!!! Sambil main games dan chit chat anda boleh menjana pendapatan yang luar biasa!!! Yang penting, anda mesti POSITIF, MINDA TERBUKA dan mempunyai KEINGINAN untuk menjana pendapatan yg luarbiasa..

Undang-undang agama



Adakah Infinity Downline Mempunyai Sijil AJL?

Adakah Infinity Downline memerlukan sijil AJL? Sijil AJL dikeluarkan kepada syarikat jualan langsung yang memenuhi syarat pemasaran di bawah


Infinity Downline bukannya MLM ataupun SLM kerana tiada ahli yang sebenarnya menjadi agen syarikat Multiplex Inc. Syarikat Multiplex tidak memantau perniagaan ahli kerana syarikat tidak menerima sebarang bayaran (komisyen/pembayaran ialah 100% dari ahli ke ahli). Syarikat Multiplex juga tidak mempunyai cawangan di Asia kerana ahli ID terus mendapatkan produk melalui muat-turun dari internet. Ini adalah sebab utama bisnes ini tidak mempunyai sijil AJL.


Pendek kata - jika anda mencari sijil AJL, ia perlu disediakan oleh Perniagaan
Tempatan yang menjalankan Infinity Downline dan bukannya oleh Syarikat
Multiplex


Jika anda berminat menjalankan bisnes anda secara besar-besaran termasuk mencipta sistem perniagaan anda sendiri berdasarkan program Infinity Downline ini, kami mencadangkan agar anda menyemak dan memenuhi syarat-syarat AJL yang tertera di Garis Panduan Permohonan Lesen Jualan Langsung.


Adakah Infinity Downline diluluskan oleh Bank Negara?


Adakah Program Infinity Downline memerlukan kelulusan Bank Negara? Berikut merupakan garis panduan keluaran Bank Negara berkaitan aktiviti pelaburan melalui internet.





Infinity Downline TIDAK MENGAMBIL SEBARANG DEPOSIT dari ahlinya tetapi menjual keahlian kepada sistem perniagaan e-pendidikan yang disediakan oleh Syarikat Multiplex Inc. Apabila ahli membayar yuran keahlian, mereka mendapat sistem online serta e-perpustakaan tersebut untuk menjalankan bisnes mereka sendiri. Ahli BUKAN AGEN SYARIKAT.

Infinity Downline juga tidak terlibat di dalam sebarang pelaburan yang berkaitan dengan sekuriti atau pengurusan dana. Pembayaran juga dilakukan dalam matawang Ringgit Malaysia jadi tiada unsur mata wang asing walaupun bayaran ialah USD25. Ini ialah kerana USD25 hanyalah harga untuk ditentukan jumlah kadar pertukaran.

Jadi Infinity Downline jelas bukan skim cepat kaya dan tidak memerlukan sebarang lesen dari Bank Negara kerana

  • tidak berunsurkan pelaburan wang di dalam sebarang pembelian saham/ pengurusan dana
  • segala urusniaga serta penerimaan wang dari luar negara juga ditunaikan di dalam Ringgit Malaysia.


    Bagaimana Pula Dari Sudut Syariah?

  • Walaupun Infinity Downline BUKAN MLM, Hukum Syariah yang berkaitan sama sahaja.

    "Zahir plan perniagaan mungkin adakalanya kelihatan sama tetapi untuk mengesahkan, banyak penelitian lain telah diambil kira. Khususnya penelitian kontrak, rukun, syarat, pelaksanaan hatta iklan dan cara promosinya. Kerana itulah saudara dapat melihat promosi rasmi...TIDAK memancing ahli dan peserta melalui KEKAYAAN, HARTA, KERETA , DUIT sebagai fokus asas tetapi adalah mempromosi ilmu Islam dan mengajak untuk menyebarkannya sebagai ASAS. Pendapatan tambahan adalah sampingan, sesuai dengan fungsi wang dan harta sebagai hiasan dan alat untuk mencapai redha Allah sahaja. Itulah nilai yang kita cuba terapkan di dalam diri semua pesertanya"

    ~ Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman ~



    Ust Hj Zaharuddin apabila mengulas tentang suatu program MLM tempatan yang memenuhi konsep syariah, menekankan bahawa FOKUS ASAS sebarang program seharusnya penyebaran kebaikan produk dan bukannya pendapatan semata-mata.

    Produk program Infinity Downline(http://www.infinitysuccessbuilders.com/produkinfinitydownline.html) merupakan KEAHLIAN kepada Sistem Perniagaan e-Pendidikan yang membolehkan seseorang itu menjadi Usahawan melalui keahlian kepada suatu rangka sistem perniagaan yang lengkap. Dengan pembayaran RM100, pembeli mendapat:
  • Sistem Pengurusan Ahli/Bisnes secara Online (Back Office)
  • Gedung Audio/Video motivasi dan kemahiran bisnes alam maya untuk membantu anda mengembangkan kemahiran diri serta bisnes anda
  • Hak Penjualan Semula Keahlian Bisnes di bawah jenama Infinity Downline


Tidak dapat dinafikan bahawa produk gedung e-perpustakaan ini amat berkualiti dan mampu meningkatkan kemahiran diri setiap individu yang ingin membuat pelaburan ilmu jadi ahli tidak perlu gusar menyebarkan kebaikan produk di dalam program ini.

Menurut Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman di dalam artikelnya ISU SYARIAH DALAM PERNIAGAAN MLM:

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :

1) Harga tinggi dari biasa
2) Syarat mewajibkan ahli mencapai jualan target sebagai syarat komisyen
3) Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah.
4) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahli tersebut kepadanya.
5) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram.

Jelas Program Affiliate Infinity Downline HALAL kerana tidak melanggar mana-mana syarat di atas.



Adakah Infinity Downline Perjudian Murni??

Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya :

“Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan.

Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya.

Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.
Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.
Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka."

Kami di Team Success Builder berpendirian bahawa Program Perniagaan Infinity Downline dengan sendirinya bukan berbentuk perjudian murni kerana penuh keyakinan dengan produk kami iaitu keahlian kepada sistem perniagaan dengan gedung e-pendidikan yang kukuh. Mengikut penelitian kami, produk e-pendidikan tersebut sebenarnya HARUS digunakan oleh ahli utnuk memanfaatkan perniagaan mereka sendiri, dan kami sememangnya memastikan bahawa ahli tidak masuk semata-mata kerana ingin cepat kaya. Ini kerana kami lebih berminat mengusahakan bisnes jangka panjang yang berwibawa dan mampu melahirkan ramai usahawan tempatan yang memahami konsep sumber pendapatan berganda yang mantap. Justeru itu kami sebenarnya memberikan ahli kami tunjuk ajar menggunakan gedung e-pendidikan tersebut untuk memajukan bisnes mereka.

Konsep Team kami mudah:
Rezeki seharusnya HALAL, ataupun ia bukannya rezeki yang berpanjangan.


Panduan Isu Syariah Dalam Perniagaan Rangkaian

Kami di Team Success Builder menggunakan cadangan Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman dalam artikelnya ISU SYARIAH DALAM PERNIAGAAN MLM dalam pengamalan bisnes affiliate kami, dan mensyorkan agar ahli-ahli kami berbuat sedemikian.

Cadangan beliau ialah Pengamal Sistem Rangkaian memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Syariah, ia tiadalah halal di sisi Syariah. Justeru, kekuatan (program) ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komisyen dari orang bawahannya.

6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Syariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Jika anda ingin membaca sumber artikel yang penuh, sila ke laman web berikut (http://blog.hpa-online.net/artikel/isu-syariah-dalam-perniagaan-mlm.html)

--------------------------------------------------------------------------------

Jika anda berminat dengan program ini dan belum lagi mempunyai sponsor keahlian, anda boleh menghubungi kami ataupun mendaftar secara percuma di bawah (klik pada Logo Infinity Downline)

Ya, Saya Yakin Dengan Peluang Perniagaan.